SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS8 | Selangor FC vs Kelantan FC | Battle Of The Reds

Apr 08, 2023 - FAS

Perlawanan di antara dua pasukan The Reds, Selangor FC dan Kelantan FC akan berlangsung esok (9 April) untuk saingan Liga Super 2023 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya  jam 10 malam.

Ini merupakan pertemuan ke-99 di antara #SELKEL. Gergasi Merah telah memenangi 45 perlawanan dan 32 seri. Selain itu, 193 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. Kali terakhir menentang The Red Warriors adalah dalam perlawanan Piala FA 2019 dengan kemenangan memihak kepada Selangor 3-0.

Pemain tonggak pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem  tidak memandang rendah pasukan lawan.

"Bagi saya kita tak boleh mengambil mudah dengan Kelantan FC. Mereka ada pemain-pemain yang bagus. Kita perlu tahu setiap kelebihan dan kekurangan mereka bagi membantu saya dan rakan sepasukan untuk mendapatkan tiga mata dalam perlawanan esok.

"Sebagai seorang pemain pertahanan, saya tahu banyak yang saya perlu perbaiki namun saya akan berikan yang terbaik untuk pasukan. Antara persiapan saya sentiasa lakukan adalah mempersiapkan diri untuk berdepan dengan siapa sahaja penyerang pasukan lawan. InshaaAllah, kami akan berikan segala tidak kira siapa lawan kami,” kata penjaring gol kemenangan skuad Gergasi Merah dalam perlawanan lalu.

Bagi keberadaan pemain, berkemungkinan besar Alexander Agyarkwa akan bersama pasukan untuk perlawanan #SELKEL setelah terpaksa berehat kerana mengalami kecederaan minggu lalu.

Pihak pengurusan Selangor FC terus berdiri di belakang pasukan. Teruskan berjuang, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!